Thursday 20 December 2012

Oppss Sorry!


Salam and Hi everyone

Yes. Saya kembali. PC ni kosong je,seakan2 memberi saya peluang untuk menulis skit di sini. hehe. Cuma nak share sikit about the word sorry. Yes. Sorry atau dalam bahasa melayu minta maaf. Jangan terlalu ego untuk meminta maaf sekiranya betul kita ada wat salah. Tidak kira dengan sesiapa pun. Dengan yg lebih muda atau yg lebih tua. Tidak kira bangsa. TIdak kira agama. In certain situation, ada jugak yg tak bersalah pun tapi dia meminta maaf. When this happens, it means that orang tu maybe minta maaf sebab tidak mahu memanjangkan sengketa atau mengelakkan keadaan yang lebih teruk berlaku, For me, It is good to mengalah. Tak mati pun. Eh?

One thing happened to me today. Orang lain buat salah tapi saya yang terima padahnya. Disebabkan assumption orang tu, saya hadapi masalah. Nasib baik kejadian berlaku dengan saya yg masih ada wudhuk (baru lepas menunaikan solat),saya jadi relax and tak marah pun eventhou apa yang berlaku jelas kesilapan Oppps Sorry! hamba Allah itu. Saya bersyukur kerana saya berjaya menahan marah saya. If dulu, ,mau kena maki dah orang tu. HAHA.

Selalu saya dengar orang nasihat dan pernah juga dgr dari ceramah agama,tentang perasaan marah. And I found this! I took it from satu artikel khutbah jumaat.

Di dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w. ada disebutkan

"Hendaklah pergi berwudhuk, kerana marah itu dari syaitan dan syaitan itu dijadikan dari api, maka api akan padam dengan air. Sekiranya seseorang yang sedang marah itu, sedang berdiri, maka hendaklah dia duduk, dan sekiranya sedang duduk, maka hendaklah dia berbaring"

Yes. Secara kebetulan,saya membuat call tu time yang betul. Sebenarnya before solat tu, ada cuba call tp xberjawab. Nasib baik la kann. Hehe. Things change. People may change. It is not impossible. It may takes time. So wait. Patiently.

Got to go. Sudah dekat masuk waktu Maghrib. Will be writing more and more. Yayyy! Thanks for reading guys.

Love,
Mylia. :)

Tuesday 18 December 2012

hendak VS perlu


Salam and Hi Everyone,

Great to be back here. Eventhough kepala berdenyut kencang,tp nak jugak spend a bit time here. How are you guys out there? Its raining nowadays kann. So take care and be careful out there ya!

Just wanna share my opinion about "hendak VS perlu". Apa yang kita hendak atau nak,tidak semestinya benda yg sama yang kita perlukan. And tak semestinya apa yang kita perlukan takkan sama dgn apa yg kita hendak. Faham x? Buat buat faham je laa. Haha.

Okay. Contohnya I wanted a boyfriend sekacak Brad Pitt and seromantic Jack in The Titanic movie. But again, itu adalah apa yang saya nak. But dengan izinNya,saya ditemukan dengan someone yang saya perlukan. But still sama dgn apa yg saya nak.
Seorang yg memahami saya,buat saya gelak bila hari yg sy lalui tidak seindah yg diharapkan dan seorang yang buat saya makin matang dalam kehidupan. Alhamdullilah. Saya sangat bersyukur dan harap hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat saya. Again,we have to be grateful with what we have. Jangan jadi tamak. Sebab? Orang tamak kan selalu rugi. Right bebeh?

Just a short advice. Kadang2 tuhan temukan kita dengan orang yg salah sbb Dia nak kita belajar dari kesilapan lalu. Mungkin orang tu akan lebih bahagia dengan orang lain berbanding kita. Kadang2 Allah tidak berikan apa yang kita nak,sebab ada sesuatu yang lebih baik menunggu kita pd masa yang lebih sesuai. Allah Maha Mengetahui. Just think positive. Maybe it is not the right time. Maybe it is not the right decision. Or maybe it is not the right place. Positif! Always be positive!


To be honest, I used to be selfish. Pentingkan diri sendiri. Tapi bila fikirkan balik, I am the one ended rugi. Menyesal? No. It taught me a lesson. Apa yang berlaku dalam hidup kita ni pasti ada hikmah disebaliknya. Bear that in mind.

Okay. Got to go. Can't wait for next week! Last day at work plus buah hati akan pulang.Take care all. Love you guys! Thanks for reading.

Love,
Mylia. :)



Monday 10 December 2012

GAGAH.


Salam and Hi Everyone,

Today Selangor cuti so Im home typing all these. hehe. Next year tak berpeluang lagi bercuti ikut negeri Selangor punya sebab akan bekerja ikut KL pulak. Yayyyy! Alhamdullilah syukur di beri peluang bekerja di tempat baru. Same goes to buah hati saya. Moga dipermudahkan jalan utk kami disatukan nanti. InsyaAllah.

My topic today is about GAGAH. Tergerak nak buat post ni selepas pertemuan saya dengan seekor anak kucing yg my baby bro namakan si Gagah. Below is some details that he post at his fb page.


Yes,si Gagah is a kitten. The strongest kitten I ever knew. On the way balik dr my bff's wedding at Muar, sementara tengah beratur untuk amik tiket tol, saya tergerak untuk pandang luar cermin. I was sitting at the back while my baby bro is driving. Seakan tak percaya melihat seekor anak kucing di celah2 kereta2 yg banyak and di bawah hujan. Dia memandang tepat ke arah saya. Sebab tak yakin dgn apa yg saya lihat,saya suruh mak and baby bro tengokkan. Yup, they saw what i saw. Saya switch driver ngan baby bro and dia terus keluar and cari the kitten.

He found it. But sadly,it lost one of its leg. Dah berulat yg banyak but he still meow dgn manjanya. Can't guess bape lama dia atas highway alone! We stopped at a petrol pump,cuci dia and belikan kain utk balut dia. Then kami sapukan minyak gamat and let him sleep. Try to give it some milk tp dia tak mau. Kagum tengok betapa kuatnya semangat anak kucing ni walaupun bersendirian.

Unfortunately, we lost him before sempat ke vet. My baby bro tanamkan di laman rumah.So sad sebab ingat yg dia masih boleh bertahan. Yes,mungkin dia akan lebih terseksa if dia terus hidup..

So I like to say something about the word GAGAH. This kitten really make me sedar yg kita kena gagah dalam meneruskan hidup. Gagah walaupun mengharungi pelbagai jenis dugaan. Kita seharusnya bersyukur kerana adanya keluarga dan kawan2 di sisi untuk mendorong and beri semangat buat kita. Gagah juga akan buat kita jadi lebih matang dalam meneruskan hidup.

Saya sendiri berusaha untuk gagah. Gagah dalam menjalani hubungan jarak jauh (LDR). Anyone who knows me mesti actually tak sangka I can make it through this. HAHA. Sbb im the one yg suka sangat berdating tiap hari and want him to always be by my side. hehe.Alhamdullillah setakat ni saya masih bertahan and sangat menyokong buah hati walaupun jauh di mata. Selepas ni akan terpisah lg jauh tp saya tau saya akan GAGAH mengharunginya. Seriously, saya sangat kagum dengan pasangan2 di luar sana yg survive long distance relationship. I admire your patience,love and trust. Hope sentiasa diberi kekuatan dariNya untuk sentiasa menyayangi buah hati saya dan juga mengekalkan hubungan yg terjalin sampai bila bila.




Setia bebeh. :)

That's all for now. Will write more nanti yaa. Take care guys!

Love,
Mylia. :)


Saturday 24 November 2012

Long time no see! I'm back. :)


Salam and Hi everyone,

How are you guys out there? Dah lama giler okayyy tak update blog. And now,saat ini I decided to write again. Luahan perasaan saya maybe. Haha. Life seperti biasa. Kerja? Sekarang dah di transfer ke branch baru at Laman Seri. Yups, lagi jauhhhhh. Sakit belakang dah jalan jauh. Takpela,kerja tetap kerja. Mana la tau nnt akan diberi peluang di tempat lain? InsyaAllah. Doakan emmy ya!

Just wanna share about my anakbuah tersayang. We went Wahab's cendol at Sri rampai. Sedapp! Kat situ if nak order,they ill provide you a sheet of paper and tick which one that you want using a pencil. My nephew Izz cuba nak conteng my tangan. And guess what did he ask? He asked me 'Cik Mee,camne nak eja nama Appa (my beloved Bf)?' Gila terkejut and terharu bila soalan tu yg kuar dr dia. Kononnya nak buat tatu la atas my tangan. HAHA. Ketawa besar Cik Mee nya sambil blushing kejap. Izz pun sama gelak. Budak2 sekarang mmg advanced. Cerdik and cepat belajar. Can't believe that he is actually turning 7 years old next year and mula ke sekolah rendah. How time flies. Ishh.

About me myself,through few months back, macam2 yang I've been through. Good times,bad times. But Alhamdullilah syukur I made it through with the help of Allah swt, my beloved family,buah hati and rakan2 tersayang. Kesabaran itu sangat sangat penting. My new achievement is I mampu tersenyum and sedikit pun tak rasa marah eventhough people are saying bad things in front of me. Maybe bagi org lain,perkara itu biasa je. Tapi for me, it means a lot. Tahniah Emmy! Keep up the good work. hehe.

Do you wanna know? I have a new hobby now! Membelek majalah pengantin. YAYYYY! Seronok juga tengok pictures and artikel about weddings. Menambah ilmu pengetahuan sambil buat survey.Im going to get married next year. InsyaAllah if tiada aral melintang and jika diizinkanNya. Doakan ya semoga semuanya dipermudahkan. I'll share later about it okayy!

Got to go now. Will be writing frequently after this. Go Emmy Go! Take care and have a nice weekend ya.

Love,
Mylia. :)

Sunday 29 April 2012

Berhenti Berharap.

Salam and Hi Everyone,

\How are you guys out there? Weekend ni I jadi anak dara yg stay di rumah saja. Yes,it is true. I'm not lying. Haha.Jimat duit saya tapi perut lak membuncit disebabkan mengunyah tanpa henti. Al maklumla tak reti tido siang,jadi waktu lapang saya isi dengan makan apa saja yang ada di dalam rumah ni. HAHAHA. *gelak jahat*

Tetiba timbul mood untuk menaip. Nak kongsi sikit about my opinion on "berhenti berharap". Honestly,saya adalah seorang yang suka berangan and ia menjadikan saya seorang yg suka berharap pada sesuatu. Berharap untuk sesuatu berlaku,berharap untuk mendapatkan sesuatu atau berharap kejadian berlaku sebaliknya. Semua orang pasti ada yang diharapkan untuk berlaku dalam hidup mereka.




Yes,berangan atau berharap itu bagus. Bagus supaya kita boleh tentukan atau make it clear apa yang kita nak dalam hidup ni. BUT bila apa yang diharapkan itu boleh memudaratkan diri,itu dah jadi not good. I used to be a girl yang mengharapkan banyak benda untuk jadi tapi majoritinya tak terjadi atau saya tak dapat sebabbb saya tidak ikhlas. Honestly speaking.

Sekarang terpikir balik,actually we have to forget what we want to actually get what we deserve. Apa yang kita nak sebenarnya bukan apa yang kita berhak dapat. Tuhan itu Maha Adil,Maha Mengetahui. Kadang kadang Dia turunkan hujan sebab Dia nak kita menghayati pelangi yang terjadi kemudiannya. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan tamak. Jujur,saya pun kadang2 tamak. Nak itu,nak ini. Tapi saya tak bersyukur dengan apa yang saya ada. Kita harus sedar apa yang kita ada sekarang semuanya pinjaman dari yang Maha Esa. Bila2 masa boleh ditarik balik. Wallahualam.

Mungkin kita perlu berhenti berharap atau kita boleh teruskan BUT dengan usaha yang seiring. If kita berharap untuk sesuatu yang lebih baik,mungkin kita patut meletakkan effort yang lebih supaya ia boleh jadi kenyataan. Kita sering berharap untuk keadaan sekeliling untuk berubah atau orang lain berubah,tapi bila difikirkan semula..maybe kita yang kena berubah. Who knows? Maybe things will change. Better than nothing kan?



Thanks for those yg luangkan masa membaca. Any wrongdoings,forgive me for that. Take care all. Will try to write lebih kerap. Love you guys out there. Next weekend will be full as I have to be pengapit for my dearest BFF and my buah hati will be back in town. Gonna watch bola with him. Yeayyy. See you later all.

Love,
Mylia. :)

Wednesday 7 March 2012

Al-fatihah.

Salam and Hello to everyone,

It is raining heavily when I wrote this. Seakan2 mengiringi what Im going to tell you this time. Hurmm,I once wrote before pasal officemate I yang disahkan menghidapi kanser. Siti Mariam was her name. Maria meninggal dunia last Sunday around 12.45pm. Bila I dapat call tu,actually I was heading to my bestfriend's wedding at Dato' Keramat's hall. Speechless. Tetiba teringat balik everything related to her. But seriously, I miss her. :(

Let me share something about her. She is very pretty,friendly and talks a lot. When i joined Kelana Jaya branch,she was already there. At first,mmg tak rapat sangat but after few months kami jadi rapat. Lunch together. Arwah is 26 years old this year. She got married last year in May 2011. I still remember yang kitorg kena main bowling wakil branch KJ. It is actually in July 2011,two months after kahwin. She told me that dia muntah2 and pening kepala. Me usik dia,thought she was pregnant. But she said no. She still played bowling until the end of the game. I have to tell you that she was a PRO. Strike je. :)

Then,after few weeks her pain get worst. And like been struck by lightning she was identified suffering cancer,brain tumor. Im crying right now because masih ingat lagi..masa melawat arwah di HKL,she already knew about it and cakap pada me "sorry ye if ada buat salah apa2 kat emmy" Seriusly,i bersungguh2 tahan air mata ni dari mengalir time tu. I told her yang "mana ada buat salah apa2" and kiss her forehead and straight away went downstairs. And expected,I cried. I cried a lot. Masa tu tertanya2 why should she suffer all this pain when she just got married.. Tuhan lebih mengetahui.

That time actually,she started to forget many things. Even she forgot my name. Sebak,sedih. But I understood her condition. She went for operation once. And she took prolonged illness from the bank. Sekali sekala arwah datang bank. And she even went to weddings. I can stiil remember her sweet smile even that time dia ingat tak ingat orang sekelilingnya.

And on the 4th March 2011,arwah Siti Mariam meninggalkan kita semua. Bila sampai di surau,people gathered around and ramai yang mengiringi jenazah untuk dikebumikan. Cuaca seakan membenarkan urusan berjalan dengan lancar.


She is the girl standing next to me.

I miss her but I knew yang Tuhan lebih menyayanginya. Kenangan bersama arwah akan sentiasa terpahat di hati. Even telatah dia sentiasa diingati. Moga rohnya dicucuri rahmat. Mohon jasa baik yang membaca blog saya ini untuk menyedekahkan Alfatihah kepadanya.

I think that's all for now. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca. Love you guys.

Love,
Mylia :)

Wednesday 29 February 2012

All the small things. ^___^

Salam and Hello to everyone,

Sudah lama tak bercerita kat sini. Sorry everyone. Tidak berpeluang! Something happened to me today. Benda kecik je but it made me smile. It made me forget all the pain. The thing that made me wanna share with semua. Share yg the small things actually can mean everything to us. But let me share sikit about what happened to me for past few weeks back.

I nearly got into an accident last two weeks. But Alhamdullilah,nothing serious but i got chest pain after that. Went to the doctor and she said something with my muscle pain. The main cause is STRESS. Yes,believe it or not. It is about the six letter words. And she advised me to go for a holiday or rest at home.

Today,i went for xray and alhamdullilah,nothing to worry about. Balik rumah,bukak pintu keta suddenly one beautiful butterfly stop by on my arm. And seriously,dah lama tak nampak rama2 secantik tu. I was smiling looking at this beautiful creature. In sudden,all the pain goes away. Rasa hilang stress kejap. Yup,kadang2 perkara sekecil tu boleh buat something yang langsung tak diduga. And yes,benda kecik pun kadang2 boleh buat gaduh. Tu memang tak dinafikan. :)

What i wanna share is sometimes kita lupa perkara kecik ni. Kadang kadang kita lupa to even kiss our parents cheek and say how much we love them. Sebenarnya it will help us a lot. My niece Mia sometimes come to me,sentuh me at the shoulder and when i look at her,dia tersenyum lebar and nampak gigi semua. Itu pun boleh buat kita lupa masalah. Saying "I love you" to anyone and you really mean it,can also put ur pain away.

Benda kecik as smile bukan saja boleh buat kita hilang stress tp jugak untuk orang lain. Mungkin bila kita senyum and tertawa,orang sekeliling pun boleh ikut sama. It will be like helping each other kann? Life isn't about diri sendiri je,we have many beloved people around us.
I'm happy being with all my beloved ones di sisi walaupun ada yang jauh di mata tapi still dekat dihati. :)

Ingat jugak yang benda kecik as like teguran,nasihat boleh mengubah kita menjadi yang lebih baik. InsyaAllah. Someone penah menegur i. And i admit i sentap for a while but that teguran actually made me who i am now. Thanks a lot. Bukan semua org boleh menerima teguran but believe someday u will rasa terbuka untuk mendengar segala nasihat and teguran. InsyaAllah.

I think this would be for now. Oh yes,i heard good news from my beloved family and friends yang akan bertunang and berkahwin tahun ni,Congrates everyone! InsyaAllah if diizinkan akan diusahakan untuk munculkan diri di majlis anda2. Happy for semuaa! Me? Masih belum lagi. If ada berita gembira,pasti akan dikongsi. Doakan ya. Take care and jaga diri. Will write again soon.

Love,
Mylia :)