Tuesday 2 August 2011

Mungkin yang terakhir,siapa tahu.. :')

Salam and Hello to Everyone,

Pertama sekali saya nak sampaikan salam Ramadhan. Moga Ramadhan kali ini beri makna pada semua. InsyaAllah. Harap semua dapat bersabar di bulan mulia ini. AMIN! Apabila bulan mulia ni,sebagai seorang yg bekerja dlm dunia Sales ni,mmg sangat menguji kesabaran. Dengan cuaca yg agak panas skrg ni,agak meletihkan tapi kena kuat semangat! Chaiyok2! Hehe. Alhamdullilah banyak jugak case diterima awal bulan ni. Harap sangat hingga ke akhir bulan dan dapat mencapai target nyaa. Amin!

Cepat sungguh masa berlalu. Sekarang sudah bulan 8, tinggal 4 bulan je utk habiskan tahun 2011 ni. Woowww. Pantasnya masa kan. Pejam celik,pejam celik kejap je semua berlalu. Harap semua dapat manfaatkan masa dengan sebaiknya di bulan mulia ni. Mana la tau ini adalah Ramadhan terakhir sebagai seorang teruna atau dara..jadi mungkin ini Ramadhan terakhir bersama keluarga sepenuhnya..atau mungkin Ramadhan ini yang terakhir berdua sebab sdg menunggu kelahiran anak yg akan jadi teman untuk Ramadhan seterusnya.. Jadi Ramadhan ini jd masa dihabiskan bersama berdua. Mungkin juga Ramadhan ini Ramadhan terakhir bersama tersayang..Ajal maut di tangan Tuhan,kita hanya manusia biasa. . Jadi hargaila setiap detik,saat bersama yang tersayang terutamanya keluarga tercintaa. Mungkin juga Ramadhan ini terakhir buat kita. Kita pun takkan tahu bila kita akan dijemputNya kan? Wallahualam.

Selamat berpuasa di bulan Ramadhan! Terima kasih kerana sudi membaca blog saya ni. Sudah nak turun bawah dan bersedia utk berbuka. Selamat berbuka! Take care yaaa.

Love,
Mylia :)

No comments:

Post a Comment